Pengenalan

19
tahun dalam perubatan
Doktor Aktif
pengalaman akademik,
latihan dan klinikal

Kenapa kami menawarkan konsultasi babak perubatan?

Minat terhadap penggambaran babak perubatan yang realistik bermula sejak zaman pengajian perubatan, apabila menonton drama antarabangsa seperti Emergency Room (ER), Private Practice, dan House MD. Drama-drama ini menonjolkan dunia perubatan dengan cara yang meyakinkan dan menyentuh emosi penonton.



Walaupun pelakon bukan anggota perubatan sebenar, mereka berjaya membawa watak doktor dengan kredibiliti tinggi hasil kerjasama yang mantap antara pihak produksi dan perunding perubatan profesional.



Dalam meneliti kandungan drama tempatan, kami mendapati masih wujud beberapa kekangan dalam menggambarkan babak perubatan secara tepat, antaranya:

  • Penggunaan alat perubatan yang tidak konsisten dengan situasi klinikal.
  • Lakonan watak perubatan yang kurang menyerlah dari segi komunikasi profesional.
  • Penggunaan istilah atau senario klinikal yang tidak selari dengan amalan sebenar.


Kami melihat ruang untuk memberikan sokongan kepada industri kreatif, bukan untuk mengkritik, tetapi untuk memperkukuh nilai produksi melalui bimbingan profesional dalam aspek perubatan.

Kenapa pilih kami?

Kami faham dunia klinikal dan dunia kreatif.

Konsultasi kami dibina dengan pengalaman sebenar, bukan hanya teori.

Setiap perkhidmatan direka untuk memberi nilai praktikal dan impak positif.

Kami menghormati masa dan matlamat klien.

Nilai teras kami

Ketepatan

Maklumat yang tepat, teliti dan dipercayai

Kejujuran

Kejujuran menyampaikan ilmu, berinteraksi dengan klien dan bermanfaat kepada masyarakat

Pencerahan

Komited untuk mendidik dan memperkasa masyarakat

Intelek tinggi

Mengangkat nilai ilmu dan pemikiran dalam setiap babak.